web site hit counter

Tuesday 26 July 2011

NAJIS



ASSALAMUALAIKUM!! TAK JAWAB DOSA,, KALAU JAWAB SAAYANG :)



PENGRTIAN:
  • Dari segi bahasa, najis bererti benda kotor seperti darah, air kencing dan tahi.
  • Dari segi syara`, najis bermaksud segala kekotoran yang menghalang sahnya solat.

PEMBAHAGIAN NAJIS
  • Najis dari segi ‘ainnya terbahagi kepada dua:
1. Najis haqiqiyy, iaitu benda kotor sama ada beku atau cair dan sama ada dapat dilihat atau tidak. Ia terbahagi kepada tiga:
i. Mughallazah (berat), iaitu anjing, khinzir dan yang lahir daripada kedua-duanya atau salah satunya.
ii. Mukhaffafah (ringan), iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang tidak makan selain menyusu dan belum mencapai umur dua tahun.
iii. Mutawassitah (pertengahan), iaitu selain dari dua jenis di atas seperti darah, nanah, tahi dan sebagainya.
Semua bangkai binatang adalah najis kecuali ikan dan belalang. Kulit bangkai binatang menjadi suci apabila disamak kecuali kulit khinzir, anjing dan yang lahir daripada kedua-duanya atau salah satunya.
2. Najis hukmiyy, iaitu kekotoran yang ada pada bahagian tubuh badan iaitu hadath kecil yang dapat dihilangkan dengan berwudhu’ dan hadath besar (janabah) yang dapat dihilangkan dengan mandi, atau tayammum apabila ketiadaan air atau uzur daripada menggunakan air.

NAJIS YANG DIMAAFKAN
Tiada sebarang najis yang dimaafkan. Walaupun begitu, syara` memberi kemaafan terhadap kadar benda najis yang sedikit yang sulit untuk dielakkan, begitu juga untuk memudahkan dan bertolak ansur kepada umatnya. Oleh yang demikian, najis-najis berikut adalah dimaafkan:
1. Najis yang tidak dapat dilihat oleh pandangan sederhana seperti darah yang sedikit dan percikan air kencing.
2. Darah jerawat, darah bisul, darah kudis atau kurap dan nanah.
3. Darah binatang yang tidak mengalir darahnya seperti kutu, nyamuk, agas dan pijat.
4. Tempat berbekam, najis lalat, kencing tidak lawas, darah istihadhah, air kurap atau kudis.

CARA MENYUCIKAN NAJIS
  • Cara menghilangkan najis ialah dengan beristinja’, membasuh dan menyamak.
  • Cara menyucikan najis haqiqiyy pula adalah seperti berikut:
1. Najis mughallazah (berat)
Hendaklah dihilangkan ‘ain najis itu terlebih dahulu, kemudian barulah dibasuh dengan air sebanyak tujuh kali, salah satu daripadanya bercampur dengan tanah sehingga hilang sifatnya (warna, bau dan rasa).
2. Najis mutawassitah (pertengahan)
Hendaklah dihilangkan ‘ain najis itu terlebih dahulu, kemudian barulah dibasuh tempat kena najis dengan air sehingga hilang sifatnya (warna, bau dan rasa).
3. Najis mukhaffafah (ringan)
Hendaklah dihilangkan `ain najis itu terlebih dahulu, kemudian cukup sekadar direnjiskan atau dialirkan air ke atasnya.
Untuk menyucikan najis hukmiyy iaitu yang tiada warna, bau dan rasa ialah dengan mengalirkan air ke atas tempat yang terkena najis tersebut.


Friday 15 July 2011

Puasa

Pengertian Puasa
Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Hukum – Hukum Puasa                                                                                                                                                                             
1.       Wajib
2.      Sunat
3.      Makruh
4.     Haram

 Puasa wajib :                                                              
    Puasa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan, qada’ puasa Ramadhan,puasa kifarah & puasa nazar.

Puasa Sunat : 
   Puasa pada hari Isnin & Khamis

Puasa Makruh : 
   Berpuasa sepanjang tahun

Puasa Haram :
  Puasa pada hari raya aidil fitri,hari raya aidil adha dan hari-hari Tasyrik

Syarat wajib Puasa:

a)  Islam
  

b)  baligh
c)  berakal
d)  berupaya(sihat)
e)  bermukim

Rukun Puasa
a)  Niat
b)  Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya

Perkara yang membatalkan puasa
  a)  Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
b)  Makan dan minum sepanjang hari
c)  Muntah dengan sengaja
d)  Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
e)  Keluar darah haid & nifas
f)  Gila
g)  Pitam atau mabuk sepanjang hari
h)  Murtad 


1)  Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :
                                                                                               
نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى 
                                                                                               
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Doa Ketika Berbuka Puasa

اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين.
Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.




         

Monday 11 July 2011

RUKUN ISLAM.....

ASSALAMUALAIKUM!! X JWAB DOSE,, KLU JAWAB SAAYANG :)

 jom dgr nasyid rukun islam.... kalau tlis pnjang2 msti awk sume mlas nk baca kn??? hikhikhik... kalau rajin nasyid r skali.. x kna byar duit pn.. x mcm kt tmpat karaoke 2.. kn..kn..




     

Friday 1 July 2011

Jenis- jenis Air

ASSALAMUALAIKUM!! X JWAB DOSE,, KLU JAWAB SAAYANG :)

Air dari segi hukum terbahagi kepada tiga jenis, Iaitu:

1. Air yang suci dan boleh menyucikan benda lain. Ia terbahagi kepada dua:

a) Air Mutlaq:
·        Air yang suci lagi menyucikan ialah air mutlaq yang kekal dengan sifat asal kejadiannya yang telah dijadikan oleh Allah s.w.t.
·        Air tersebut masih dikatakan air mutlaq walaupun ia sudah berubah disebabkan lama terbiar , disebabkan tanah, lumut dan tempat bertakung atau tempat mengalirnya mengandungi belerang . Hal ini kerana air itu sukar untuk dielakkan daripada perkara tersebut .
·        Dalil yang menunjukkan kesucian air mutlaq, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

"Daripada Abu Hurairah r.a.h. katanya , seorang Badwi berdiri lalu terkencing di dalam masjid, kemudian para sahabat pergi mencegahnya . Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, biarkan dia dan curahkanlah di atas air kencingnya setimba air . Sesungguhnya kamu disuruh untuk mempermudahkan bukan menyusahkan" .
·        Perintah Rasulullah s.a.w. supaya menjiruskan air ke tempat air kencing tersebut adalah dalil yang menunjukkan bahawa air tersebut mempunyai sifat menyucikan.
b) Air Musyammas:
·        iaitu air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh menggunakannya.
·        Air yang suci lagi menyucikan yang lain tetapi makruh digunakan pada tubuh badan tidak pada pakaian.
·        Air Musyammas bermaksud air yang panas yang terdedah kepada cahaya matahari iaitu pada negeri-negeri yang beriklim panas yang mana ia boleh mendatangkan karat seperti besi, tin dan lain-lain yang mana ia memberi mudharat apabila terkena kulit atau tubuih badan menyebabkan ianya sopak, kusta dan sebagainya. Sebagaimana Sabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud :-

"Dari Aisyah sesungguhnya ia telah memanaskan air pada cahaya matahari maka telah bersabda Rasullah s.a.w kepadanya janganlah engkau berbuat demikian wahai Aisyah sesungguhnya air yang dijemur itu dapat menimbulkan penyakit sopak." (Riwayat Baihaqi)
2. Air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan benda lain. Ia terbahagi kepada dua:
a) Air Musta'amal:
Iaitu air yang suci pada dirinya tetapi tidak menyucikan yang lain yang mana maksudnya dengan perkataan air itu boleh diminum tetapi tidak sah dipakai untuk menyucikan sesuatu.
·        Yang dikatakan air Musta'amal pada mengangkatkan hadas ialah basuh kali yang pertama pada mandi atau wudhu' yang wajib dan sudah bercerai daripada anggota.
·        Yang dikatakan air Musta'amal pada menghilangkan najis iaitu jika air itu tidak berubah dan tidak bertambah.
·        Air daripada pokok-pokok dan air buah-buahan seperti daripada pucuk kelapa yang dibuat nira atau akar-akar kayu.

Air yang berubah ada dua cara :-
·        Berubah dengan Taqdiri - Air yang berubah dengan Taqdiri iaitu air yang berubah hanya pada Taqdir sahaja yang tidak dapat dilihat akan perubahannya.
·        Berubah dengan Hissi - Air yang berubah pada Hissi iaitu berubah air itu dengan sesuatu yang dapat dilihat akan perubahannya.
- Cara mentaqdirkan hukum air yang bercampur dengan sesuatu yang sama rupanya dengan seperti air mawar yang telah hilang bau, rasa dan warnanya.
- pada bau hendaklah ditaqdirkan dengan bau kemenyan Arab.
- pada rasa hendaklah ditaqdirkan dengan rasa delima. 

- pada warna hendaklah ditaqdirkan dengan warna anggur.
Jika berubah dengan taqdir ini maka hukumnya air musta'amal dan jika tidak berubah dengan taqdir ini maka hukumnya air mutlak.

Air yang bercampur itu ada dua cara :-
·        Majawir 
Bercampur dengan cara Mujawir iaitu air yang berubah dengan sebab termasuk di dalamnya dengan sesuatu yang dapat dipisahkan daripada air, contohnya sebuah baldi yang penuh dengan air termasuk di dalamnya sebatang kayu cendana dan kayu itu boleh dipisahkan daripada air tersebut, maka hukum air itu ialah air mutlak.
·        Mukhalit
Bercampur dengan cara Mukhalit iaitu benda yang masuk ke dalam air itu tidak dapat dipisahkan daripada air, contohnya sebuah baldi yang penuh dengan air maka termasuk ke dalamnya nila maka dihukumnya air Musta'amal.
b) Air Muqayyad:
·        Air yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu sifatnya (warna, rasa dan bau) menyebabkan ia tidak dipanggil air mutlaq lagi seperti air yang dicampur dengan madu, sirap dan lain-lain.
3. Air yang najis atau mutanajjis, iaitu air yang terkena benda najis. Ia terbahagi kepada dua:
a) Air yang sukatannya kurang dari dua kolah dan terkena benda najis kecuali yang dimaafkan, sama ada berubah sifat (warna, rasa dan bau) atau tidak.
b) Air yang sukatannya lebih dari dua kolah dan berubah sifat (warna, rasa dan bau) sama ada perubahan itu sedikit atau banyak.
·        Ukuran air dua kolah itu ialah sebagai berikut :-
v Kalau dikira dengan tin minyak tanah, maka air dua kolah itu adalah sebanyak 9 2/3 tin
v Kalau dikira dengan timbangan, maka berat air dua kolah itu adalah seberat 162.72 kg.
v Kalau dikira dengan ukuran tempat empat persegi, maka air dua kolah itu memerlukan tempat yang berukuran 60 x 60 cm.

 p/s: buah cempedak diluar pagar,,, amek galah tlg jolok kn.. sy bdak baru BELAJAR,,, klau slah tlg la betulkan...


Tuesday 21 June 2011

Jom belajar RUKUN IMAN dengan santai..

ASSALAMUALAIKUM!! TAK JAWAB DOSA,, KALAU JAWAB SAAYANG :)



bila otak da blur baca la ape pn sure x masuk kn??  so.... jgn tension2...jom karaoke sama2...

best plak dgr hmmmm.... :)

Saturday 18 June 2011

TAHARAH?? apa tue??!!!

ASSALAMUALAIKUM!! X JWAB DOSE,, KLU JAWAB SAAYANG :)


pssssttt.... nk taw ke??? jom baca kat bwah ni...



 Dari segi bahasa : Suci dan bersih
 Dari segi istilah syarak : Suci dan bersih daripada najis atau hadas.
Taharah ialah anak kunci dan syarat sah solat.
Hukum taharah ialah WAJIB di atas tiap-tiap mukallaf lelaki dan perempuan.
Dalil naqli tentang suruhan bersuci adalah sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Anfal, ayat 11 yang bermaksud :
" Dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan daripada langit untuk mensucikan kamu dengannya... "
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud :
" Agama islam itu diasaskan di atas kebersihan "
Tujuan taharah ialah bagi membolehkan seseorang itu menunaikan solat dan ibadah-ibadah yang lain.
Hikmah disuruh melakukan taharah ialah kerana semua ibadah khusus yang kita lakukan itu adalah perbuatan mengadap dan menyembah Allah Ta'ala. Oleh itu untuk melakukannya, maka wajiblah berada di dalam keadaan suci sebagai mengagungkan kebesaran Allah s.w.t. .
Faedah melakukan taharah ialah supaya badan menjadi bersih, sihat dan terjauh daripada penyakit serta mendatangkan kegembiraan kepada orang yang melaksanakannya.
Syarat wajib taharah ialah :
·        Islam
·        Berakal
·        Baligh
·        Masuk waktu ( Untuk mendirikan solat fardhu ).
·        Tidak lupa
·        Tidak dipaksa
·        Berhenti darah haid dan nifas
·        Ada air atau debu tanah yang suci.
·        Berdaya melakukannya mengikut kemampuan.
Taharah adalah sebagai bukti bahawa Islam amat mementingkan kebersihan dan kesucian.
Ahli fiqh bersepakat mengatakan harus bersuci dengan air yang suci (mutlaq) sebagaimana firman Allah:


وَهُوَ الَّذِي أَرْسَلَ الرِّيَاحَ بُشْرًا بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ وَأَنْزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً طَهُورًا
Maksudnya :
"Dialah yang meniupkan angin (sebagai) pembawa khabar gembira dekat sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); dan Kami turunkan dari langit air yang amat bersih "
Selain itu, harus menggunakan kertas atau batu ketika beristinja' dan tanah atau debu tanah sebagai ganti air bagi mengharuskan solat yang dikenali sebagai tayammum.
Jelasnya, alat–alat untuk bersuci itu ialah:
1.       Air mutlaq, iaitu air semata-mata tanpa disertakan dengan sesuatu tambahan atau sesuatu sifat. Air mutlaq ini terbahagi kepada beberapa bahagian:
v  Air yang turun daripada langit. Ia terbahagi kepada tiga, iaitu air hujan, air salji yang menjadi cair dan air embun.
v  Air yang terbit daripada bumi. Ia terbahagi kepada empat, iaitu air yang terbit daripada mata air, air perigi, air sungai dan air laut.
2.      Tanah, boleh menyucikan jika tidak digunakan untuk sesuatu fardhu dan tidak bercampur dengan sesuatu. Firman Allah:


“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula menghampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan berjunub), terkecuali sekadar berlalu sahaja, hingga kamu mandi. Dan jika kamu sakit atau dalam bermusafir atau kembali dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun. ” 
(Surah Al-Nisa’, 4:43)
3. Samak, iaitu membuang bahan-bahan lebihan yang melekat pada kulit dan yang merosakkannya sekira-kira jika direndam atau dibasuh dengan air sesudah disamak, maka kulit itu tetap tidak busuk atau rosak.
4. Takhallul, iaitu arak bertukar menjadi cuka tanpa dimasukkan sesuatu bahan ke dalamnya.
Rujukan Kitab :
1) Kitab Mattlaal Badrain oleh Syeikh Muhammad bin Daud Al-Fatani
2) Ringkasan Ibadah oleh Ibnu Rahmat .
3) Kitab Minhajul Muslim oleh Abu Bakar Jabir Al-Jazairi .
4) Fiqh Syafii oleh Hj.Idris Ahmad S.H.


Monday 13 June 2011

Pengurusan Bilik Darjah dan Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran

ASSALAMUALAIKUM!! X JWAB DOSE,, KLU JAWAB SAAYANG :)




 § Kejayaan pembelajaran masteri juga bergantung kepada kebolehan dan kemahiran guru untuk                       menguruskan kelas dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan bijak.
    §  Dalam hal ini, guru harus berkebolehan dan mahir dalam perkara berikut:
a)      Tahu nama, sifat peribadi, minat, gaya pembelajaran dan kebolehan setiap pelajar
b)      Menjadikan bilik darjah menarik dan kondusif untuk pembelajaran masteri
c)      Menyedia, mengguna dan menyimpan pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran
d)      Menyusun dan menggunakan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai  untuk sesuatu pelajaran supaya ada hubungkait dengan isi kandungan dan pelajar dapat diransang sepanjang waktu pelajaran
e)      Menggunakan aktiviti secara kelas, kumpulan, pasangan dan perseorangan dengan bijak dalam sesuatu pelajaran
f)       Mengumpul pelajar dengan sesuai dalam kumpulan dan pasangan yang dikehendaki
g)      Menggunakan kadar mengajar yang sesuai mengikut kebolehan pelajar dalam kelas itu
h)      Membina, menyimpan dan membuat analisis ujian formatif atau diagnostik dan ujian sumatif
i)       Menjalankan ujian formatif atau diagnostik dan ujian sumatif pada masa yang sesuai
j)       Membina dan melakukan aktiviti pemulihan dan aktiviti penggayaan
k)      Menjalankan aktiviti pemulihan dan penggayaan pada masa yang sesuai dan menggunakan kaedah yang berkesan
l)       Menggunakan masa dengan bijak untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu pelajaran
m)    Menyimpan rekod secara sistematik tentang sifat peribadi dan pencapaian pelajar 


                     p/s: renung2 kan dan selamat beramal!!!!!!!!!!