web site hit counter

Sunday 29 May 2011

Kaedah Berkesan Untuk Menarik Minat Pelajar Kepada Pengajaran Guru (vol 1)


ASSALAMUALAIKUM!! X JWAB DOSE,, KLU JAWAB SAAYANG :)





Kajian menunjukkan kebanyakan pelajar tidak cemerlang dalam kerja rumah dan tugasan kerana mereka tidak tahu apa yang patut dilakukan. Guru sepatutnya memberikan sedikit masa untuk menjelaskan perkara berikut:

a. Kenapa tugasan yang diberikan itu penting?

b. Apa kaitan sesuatu subjek dengan kehidupan?

c. Memastikan pengetahuan asas mereka mantap.   

d. Beritahu bagaimana hasil kerja mereka akan dinilai.

Pelajar yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat boleh dimotivasikan secara luaran dengan menyediakan pelbagai bentuk ganjaran. Lihat apa kebaikan dan kelebihan pelajar dan suburkannya, mereka pasti mengulangi kebaikan ini pada masa. Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, puji-pujian, pelepasan dari tugas harian, dan sebagainya. Ganjaran bukan sahaja diberikan terhadap pencapaian yang diperolehi tetapi juga terhadap usaha yang diberikan. Berikan insentif agar pelajar berusaha untuk menguasai pengetahuan dan maklumat bukan sekadar bersaing antara satu sama lain. Ganjaran luar yang berkesan ialah yang mampu menjana motivasi dalaman pelajar.
Setiap pelajar mestilah disuruh menetapkan matlamat untuk setiap mata pelajaran yang diambil. Ikuti perkembangan pelajar dan pastikan setiap pelajar mampu merealisasikan matlamat masing-masing.

              Pelajar akan memberikan tindak balas yang positif terhadap guru yang mengambil berat tentang diri dan masalah mereka. Memahami adalah lebih baik daripada menghukum. Ada ketikanya guru perlu bercerita kisah lampau, memberitahu kesilapan-kesilapan yang pernah mereka lakukan, dan lain-lain sebagai suatu teladan untuk pelajar. Dengan cara ini wujud kemesraan antara guru dan pelajar. Ini penting untuk mewujudkan jambatan emosi, saling mempercayai dan saling bertanggung jawab. Sekiranya mereka melakukan kesilapan, pastikan mereka faham bahawa semua orang boleh melakukan kesilapan tetapi jelaskan kepada pelajar iaitu manusia berjaya ialah mereka yang belajar daripada kesilapan. Sentiasa tanya apa matlamat mereka? Apa perancangan mereka? Sejauh mana progres mereka? Apa minat mereka? Apa kerjaya pilihan mereka? Dan sebagainya

             Gunakan pelbagai emosi untuk merangsang pembelajaran dan motivasi. Kekuatan memori ada kaitannya dengan tahap emosi yang membentuk pengalaman seseorang. Pelajar akan lebih mudah mengingat dan memahami sesuatu yang disertai dengan pendekatan emosi. Pelajar akan lebih bersedia untuk belajar apabila ada unsur-unsur kepelbagaian emosi kerana mereka tidak akan bosan. Jangan malu untuk mempelbagaikan watak, gaya dan pendekatan anda demi menarik minat pelajar terhadap apa yang mahu anda sampaikan. Sebagai guru, hakikat siapa kita tidak penting, yang penting ialah siapa mereka 10 – 15 tahun yang akan datang. Setiap pendekatan emosi yang diambil sama ada marah, menghiburkan, tegas dan sebagainya tidak lain hanya sekadar lakonan yang tujuannya untuk membentuk dan mendidik.
                                                                                                         

                                                                                                   Bersambung.....


                                                                                            

Thursday 26 May 2011

Doa Sebelum memulakan pelajaran


ASSALAMUALAIKUM!! X JWAB DOSE,, KLU JAWAB SAAYANG :)

Dengan NamaMu Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani...
Ya Allah Ya Tuhanku, tambahkan ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah bagiku urusanku. Dan rungkaikan kelu lidahku supaya mereka memahami akan kata-kataku. Ya Allah, keluarkannlah kami dari gelapnya keraguan dan muliakan kami dan terangkanlah hati-hati kami sebagaimana Engkau beri cahaya matahari dan bulan, dan mudahkan bagi kami pintu-pintu kurniaMu, Wahai Tuhanku yang Maha Pengasih

Wednesday 25 May 2011

ASSALAMUALAIKUM!! X JWAB DOSE,, KLU JAWAB SAAYANG :)

hye everybody.... im new here...trying 2 do my best.... please support me yah!!! caiyokk2...