web site hit counter

Tuesday 21 June 2011

Jom belajar RUKUN IMAN dengan santai..

ASSALAMUALAIKUM!! TAK JAWAB DOSA,, KALAU JAWAB SAAYANG :)



bila otak da blur baca la ape pn sure x masuk kn??  so.... jgn tension2...jom karaoke sama2...

best plak dgr hmmmm.... :)

Saturday 18 June 2011

TAHARAH?? apa tue??!!!

ASSALAMUALAIKUM!! X JWAB DOSE,, KLU JAWAB SAAYANG :)


pssssttt.... nk taw ke??? jom baca kat bwah ni...



 Dari segi bahasa : Suci dan bersih
 Dari segi istilah syarak : Suci dan bersih daripada najis atau hadas.
Taharah ialah anak kunci dan syarat sah solat.
Hukum taharah ialah WAJIB di atas tiap-tiap mukallaf lelaki dan perempuan.
Dalil naqli tentang suruhan bersuci adalah sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Anfal, ayat 11 yang bermaksud :
" Dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan daripada langit untuk mensucikan kamu dengannya... "
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud :
" Agama islam itu diasaskan di atas kebersihan "
Tujuan taharah ialah bagi membolehkan seseorang itu menunaikan solat dan ibadah-ibadah yang lain.
Hikmah disuruh melakukan taharah ialah kerana semua ibadah khusus yang kita lakukan itu adalah perbuatan mengadap dan menyembah Allah Ta'ala. Oleh itu untuk melakukannya, maka wajiblah berada di dalam keadaan suci sebagai mengagungkan kebesaran Allah s.w.t. .
Faedah melakukan taharah ialah supaya badan menjadi bersih, sihat dan terjauh daripada penyakit serta mendatangkan kegembiraan kepada orang yang melaksanakannya.
Syarat wajib taharah ialah :
·        Islam
·        Berakal
·        Baligh
·        Masuk waktu ( Untuk mendirikan solat fardhu ).
·        Tidak lupa
·        Tidak dipaksa
·        Berhenti darah haid dan nifas
·        Ada air atau debu tanah yang suci.
·        Berdaya melakukannya mengikut kemampuan.
Taharah adalah sebagai bukti bahawa Islam amat mementingkan kebersihan dan kesucian.
Ahli fiqh bersepakat mengatakan harus bersuci dengan air yang suci (mutlaq) sebagaimana firman Allah:


وَهُوَ الَّذِي أَرْسَلَ الرِّيَاحَ بُشْرًا بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ وَأَنْزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً طَهُورًا
Maksudnya :
"Dialah yang meniupkan angin (sebagai) pembawa khabar gembira dekat sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); dan Kami turunkan dari langit air yang amat bersih "
Selain itu, harus menggunakan kertas atau batu ketika beristinja' dan tanah atau debu tanah sebagai ganti air bagi mengharuskan solat yang dikenali sebagai tayammum.
Jelasnya, alat–alat untuk bersuci itu ialah:
1.       Air mutlaq, iaitu air semata-mata tanpa disertakan dengan sesuatu tambahan atau sesuatu sifat. Air mutlaq ini terbahagi kepada beberapa bahagian:
v  Air yang turun daripada langit. Ia terbahagi kepada tiga, iaitu air hujan, air salji yang menjadi cair dan air embun.
v  Air yang terbit daripada bumi. Ia terbahagi kepada empat, iaitu air yang terbit daripada mata air, air perigi, air sungai dan air laut.
2.      Tanah, boleh menyucikan jika tidak digunakan untuk sesuatu fardhu dan tidak bercampur dengan sesuatu. Firman Allah:


“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula menghampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan berjunub), terkecuali sekadar berlalu sahaja, hingga kamu mandi. Dan jika kamu sakit atau dalam bermusafir atau kembali dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun. ” 
(Surah Al-Nisa’, 4:43)
3. Samak, iaitu membuang bahan-bahan lebihan yang melekat pada kulit dan yang merosakkannya sekira-kira jika direndam atau dibasuh dengan air sesudah disamak, maka kulit itu tetap tidak busuk atau rosak.
4. Takhallul, iaitu arak bertukar menjadi cuka tanpa dimasukkan sesuatu bahan ke dalamnya.
Rujukan Kitab :
1) Kitab Mattlaal Badrain oleh Syeikh Muhammad bin Daud Al-Fatani
2) Ringkasan Ibadah oleh Ibnu Rahmat .
3) Kitab Minhajul Muslim oleh Abu Bakar Jabir Al-Jazairi .
4) Fiqh Syafii oleh Hj.Idris Ahmad S.H.


Monday 13 June 2011

Pengurusan Bilik Darjah dan Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran

ASSALAMUALAIKUM!! X JWAB DOSE,, KLU JAWAB SAAYANG :)




 § Kejayaan pembelajaran masteri juga bergantung kepada kebolehan dan kemahiran guru untuk                       menguruskan kelas dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan bijak.
    §  Dalam hal ini, guru harus berkebolehan dan mahir dalam perkara berikut:
a)      Tahu nama, sifat peribadi, minat, gaya pembelajaran dan kebolehan setiap pelajar
b)      Menjadikan bilik darjah menarik dan kondusif untuk pembelajaran masteri
c)      Menyedia, mengguna dan menyimpan pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran
d)      Menyusun dan menggunakan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai  untuk sesuatu pelajaran supaya ada hubungkait dengan isi kandungan dan pelajar dapat diransang sepanjang waktu pelajaran
e)      Menggunakan aktiviti secara kelas, kumpulan, pasangan dan perseorangan dengan bijak dalam sesuatu pelajaran
f)       Mengumpul pelajar dengan sesuai dalam kumpulan dan pasangan yang dikehendaki
g)      Menggunakan kadar mengajar yang sesuai mengikut kebolehan pelajar dalam kelas itu
h)      Membina, menyimpan dan membuat analisis ujian formatif atau diagnostik dan ujian sumatif
i)       Menjalankan ujian formatif atau diagnostik dan ujian sumatif pada masa yang sesuai
j)       Membina dan melakukan aktiviti pemulihan dan aktiviti penggayaan
k)      Menjalankan aktiviti pemulihan dan penggayaan pada masa yang sesuai dan menggunakan kaedah yang berkesan
l)       Menggunakan masa dengan bijak untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu pelajaran
m)    Menyimpan rekod secara sistematik tentang sifat peribadi dan pencapaian pelajar 


                     p/s: renung2 kan dan selamat beramal!!!!!!!!!!

Monday 6 June 2011

Guru Bertanggungjawab Membentuk Akhlak Ummah


ASSALAMUALAIKUM!! X JWAB DOSE,, KLU JAWAB SAAYANG :)



PROFESION perguruan pada era mencabar ini tidak semudah seperti anggapan kebanyakan orang – kerjanya mudah, separuh hari dan cutinya panjang.

Sebagai arkitek sosial, guru mempunyai tanggungjawab besar, bukan sekadar memberi pendidikan dan menyampaikan ilmu malah dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan transformasi pendidikan yang dicita-citakan negara.

Justeru, kegagalan sesebuah masyarakat untuk berfungsi dengan sempurna kerap dikaitkan dengan kegagalan sistem pendidikan sesebuah negara, khususnya kegagalan guru itu sendiri.

Dalam menghadapi arus kemajuan dan cabaran abad ke-21, keperluan terhadap pembentukan akhlak mulia semakin mendesak. Ia kerana masalah sosial wujud selari dengan perkembangan ekonomi dan kepesatan kemajuan dunia.

Kegagalan membentuk masyarakat berakhlak mulia sama seperti mengakibatkan kehancuran pada bumi ini. Firman Allah bermaksud: “Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia. (Timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merosakkan mereka sebagai sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." (Surah ar-Rum, ayat 41)

Dalam hubungan ini, kita seharusnya mengambil iktibar dengan mencontohi asas yang dilakukan oleh Rasulullah SAW iaitu dengan membentuk akhlak mulia.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sesungguhnya Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak mulia." (Hadis riwayat Ahmad dan Al-Hakim).

Dan penjelasan Baginda dalam hadis yang lain bermaksud: “Tidak ada sesuatu yang lebih berat timbangannya selain daripada akhlak yang baik." (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi).

Antara cara terbaik membentuk akhlak mulia ialah dengan teladan baik. Guru perlu memiliki sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga. Mereka juga perlu bersikap suka membantu dan membimbing serta berperanan sebagai role model kepada pelajar.

Kehadiran alaf baru yang diwarnai dengan kebangkitan revolusi maklumat dan multimedia, amat besar pengaruhnya terhadap penyebaran sistem maklumat. Ia bukan saja memberi kesan terhadap pembinaan minda generasi muda, malah mencorakkan gaya hidup yang amat unik di kalangan mereka.

Pendidikan tidak dibatasi dengan meletakkan guru sebagai fasilitator semata-mata. Konsep fasilitator dalam konteks budaya bestari mesti mampu menghubungkan kemajuan teknologi sebagai alat.

Kandungan maklumat pula mesti mampu membangunkan sahsiah. Aspek keinsanan seperti hubungan guru dengan murid mesti dalam konteks guru sebagai model contoh yang memberikan imej teladan.

Pembentukan ciri seseorang guru yang amat berkesan perlu ditekankan. Ia boleh dikategorikan kepada tiga aspek iaitu:

l Ciri peribadi yang menjelaskan perwatakan

Guru mesti seorang yang berwawasan dan menyintai pekerjaannya. Mereka perlu bersikap positif dan yakin dalam apa yang dilakukan, di samping sabar menerima kenyataan biarpun pahit untuk ditelan.

Guru hendaklah membimbing dan menunjuk ajar bukan saja anak didik, malah rakan sejawat.

# Ciri mengajar memberikan hasil.

Guru perlu menerapkan aspek 'dengannya' (with-it-ness) dalam apa juga yang dibuat atau muridnya mesti buat.

Mereka juga perlu mempunyai gaya tersendiri, sesuai dengan semua keadaan dan persekitaran, nilai dan budaya dan undang-undang.

Guru juga perlu memiliki kepakaran memotivasi dan berkesan dalam penyampaian pengajaran serta pembelajaran.

# Ciri intelek yang menunjukkan ilmu, sedar-diri dan faham-kendiri.

Guru perlu suka membaca dan mempunyai mental life segar, berkembang serta bersifat self-actualization dengan minda yang sihat serta terbuka. Melihat alam dan kehidupan di dalam ruang lingkup yang luas dan menyeluruh, di samping melihat, menganalisis, mensintisis dan menilai satu di dalam yang banyak.

Sungguhpun masyarakat menyedari pentingnya tanggungjawab guru, tugas mendidik sepenuhnya dalam konteks pendidikan sepanjang hayat amat tidak wajar diserahkan 100 peratus pada guru.

Selain komitmen yang dituntut daripada guru, ibu bapa, ahli masyarakat dan pihak kepemimpinan pada semua peringkat sewajarnya berganding bahu bagi menghasilkan peribadi insan cemerlang. Ia bukan sekadar untuk kejayaan di dunia, malah akhirat.

Tugas guru mulia dan disanjung tinggi kedudukannya dalam Islam. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sesiapa yang mengajarkan sesuatu ilmu, maka dia mendapat pahala orang yang mengamalkan ilmu itu, pahalanya tidak kurang sedikit pun daripada pahala orang itu." (Hadis riwayat Ibn Majah)

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan seluruh malaikat-Nya serta penghuni langit dan bumi, sehingga semut yang ada di dalam liangnya dan ikan yu, semuanya memohon kerahmatan ke atas orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Said Bin Jubair meriwayatkan daripada Ibnu Abbas: “Orang yang mengajar orang lain akan kebaikan, seluruh makhluk Allah termasuk ikan di laut memohon keampunan Allah untuknya.”

INTI PATI
# Kegagalan masyarakat untuk berfungsi dengan sempurna kerap dikaitkan dengan kegagalan sistem pendidikan negara.

# Antara cara terbaik membentuk akhlak mulia ialah dengan teladan baik.

# Guru mesti berwawasan dan menyintai pekerjaannya.

# Guru perlu memiliki kepakaran memotivasi dalam penyampaian pengajara
n.

Thursday 2 June 2011

Kaedah Berkesan Untuk Menarik Minat Pelajar Kpd Pengajaran Guru (Vol 2)

    ASSALAMUALAIKUM!! X JWAB DOSE,, KLU JAWAB SAAYANG :)

 Sambungan....
Ajarkan mereka teknik pembelajaran berkesan, pengurusan masa, kaedah membaca, kaedah mengambil nota dan sebagainya. Tanamkan dalam fikiran pelajar bahawa ‘Belajar Itu Mudah’. Pecahkan sebarang halangan mental terhadap mata pelajaran akibat terpengaruh oleh pendapat orang lain.
Ramai guru yang berkata bahawa mereka lebih suka sekiranya pelajar mereka semuanya rajin, pandai, gigih, tekun dan berdisiplin. Mereka tidak sanggup terima kenyataan bahawa tidak semua pelajar begitu. Mereka memandang pelajar  yang bermasalah ini dengan sebelah mata. Pelajar ini tidak dipedulikan sebab mereka rasa mereka sukar dibentuk. Di sinilah bezanya antara guru biasa dengan guru luar biasa . Guru luar biasa akan terima pelajar seadanya dan menjangkakan kejayaan untuk setiap pelajar ini. Hanya dengan memberikan yang terbaik sahaja maka seorang guru akan merasa puas dengan kariernya. Ramai pelajar gagal kerana guru mereka telah meramalkan kegagalan mereka.

Guru mesti sentiasa faham, mengajar bukan sekadar memberikan maklumat dan penerangan semata-mata. Mereka juga perlu mempengaruhi pelajar dari segi budaya, pemikiran dan tingkah laku. Guru juga perlu berhati-hati dengan ucapan dan pandangan yang dilontarkan kepada pelajar kerana kesannya sangat besar dalam hidup pelajar. Hanya ada dua cara untuk membuatkan guru sentiasa diingati oleh pelajar iaitu sebagai seorang guru yang disayangi; atau sebagai seorang guru yang paling dibenci. Mana-mana guru yang berada di antara dua kategori ini pasti akan dilupakan.


Cipta beberapa kata jaya yang menjadi perangsang kepada pelajar kita. Ulangi kata-kata itu. Lekatkan kata-kata itu dalam kelas, nescaya ia lazim dalam pemikiran pelajar. Amalkan Prinsip Tegas, Saksama, dan Mesra.

           Rumusan
Bagi menghadapi cabaran menjelang tahun 2020, negara memerlukan generasi guru yang benar-benar berwibawa. Guru mempunyai peranan yang paling besar, khususnya dalam mengawal keseimbangan moral murid-murid. Guru turut mempunyai tanggungjawab dalam mengawasi disiplin murid, agar mereka tidak hanyut dalam arus pembangunan kemewahan kebendaan yang begitu deras sekali. Pembangunan kemewahan yang tumbuh begitu cepat, mudah sekali menghasilkan kemusnahan baik pada alam fizikal, biologi, bahkan juga pada keruntuhan rohani dan kejiwaan.
Tanggungjawab untuk menyediakan generasi yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek bagi menjayakan hasrat Falsafah Pendidikan Negara bukanlah suatu yang mudah.

               Dengan adanya Falsafah Pendidikan Negara, guru-guru haruslah mencuba sedaya upaya dalam menerapkan nilai-nilai murni menerusi inisiatif mereka sendiri. Walaupun telah ada Falsafah Pendidikan Negara , tanpa perubahan yang dilakukan oleh guru-guru sama ada dari segi perbuatan atau tutur kata, maka segala yang diharapkan tidak akan terlaksana. Guru-guru adalah model. Oleh itu guru-guru perlulah berusaha agar menjadi model yang baik walaupun diketahui bahawa untuk menerapkan nilai-nilai murni, bukanlah suatu perkara yang mudah.

              Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab guru-guru untuk memastikan tercapainya setiap falsafah yang dibentuk iaitu Falsafah Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Guru dan seterusnya matlamat Wawasan 2020.