ASSALAMUALAIKUM!! X JWAB DOSE,, KLU JAWAB SAAYANG :)
Sambungan....
Ajarkan mereka teknik pembelajaran berkesan, pengurusan masa, kaedah membaca, kaedah mengambil nota dan sebagainya. Tanamkan dalam fikiran pelajar bahawa ‘Belajar Itu Mudah’. Pecahkan sebarang halangan mental terhadap mata pelajaran akibat terpengaruh oleh pendapat orang lain.
Ramai guru yang berkata bahawa mereka lebih suka sekiranya pelajar mereka semuanya rajin, pandai, gigih, tekun dan berdisiplin. Mereka tidak sanggup terima kenyataan bahawa tidak semua pelajar begitu. Mereka memandang pelajar yang bermasalah ini dengan sebelah mata. Pelajar ini tidak dipedulikan sebab mereka rasa mereka sukar dibentuk. Di sinilah bezanya antara guru biasa dengan guru luar biasa . Guru luar biasa akan terima pelajar seadanya dan menjangkakan kejayaan untuk setiap pelajar ini. Hanya dengan memberikan yang terbaik sahaja maka seorang guru akan merasa puas dengan kariernya. Ramai pelajar gagal kerana guru mereka telah meramalkan kegagalan mereka.
Guru mesti sentiasa faham, mengajar bukan sekadar memberikan maklumat dan penerangan semata-mata. Mereka juga perlu mempengaruhi pelajar dari segi budaya, pemikiran dan tingkah laku. Guru juga perlu berhati-hati dengan ucapan dan pandangan yang dilontarkan kepada pelajar kerana kesannya sangat besar dalam hidup pelajar. Hanya ada dua cara untuk membuatkan guru sentiasa diingati oleh pelajar iaitu sebagai seorang guru yang disayangi; atau sebagai seorang guru yang paling dibenci. Mana-mana guru yang berada di antara dua kategori ini pasti akan dilupakan.
Cipta beberapa kata jaya yang menjadi perangsang kepada pelajar kita. Ulangi kata-kata itu. Lekatkan kata-kata itu dalam kelas, nescaya ia lazim dalam pemikiran pelajar. Amalkan Prinsip Tegas, Saksama, dan Mesra.
Rumusan
Bagi menghadapi cabaran menjelang tahun 2020, negara memerlukan generasi guru yang benar-benar berwibawa. Guru mempunyai peranan yang paling besar, khususnya dalam mengawal keseimbangan moral murid-murid. Guru turut mempunyai tanggungjawab dalam mengawasi disiplin murid, agar mereka tidak hanyut dalam arus pembangunan kemewahan kebendaan yang begitu deras sekali. Pembangunan kemewahan yang tumbuh begitu cepat, mudah sekali menghasilkan kemusnahan baik pada alam fizikal, biologi, bahkan juga pada keruntuhan rohani dan kejiwaan.
Tanggungjawab untuk menyediakan generasi yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek bagi menjayakan hasrat Falsafah Pendidikan Negara bukanlah suatu yang mudah.
Dengan adanya Falsafah Pendidikan Negara, guru-guru haruslah mencuba sedaya upaya dalam menerapkan nilai-nilai murni menerusi inisiatif mereka sendiri. Walaupun telah ada Falsafah Pendidikan Negara , tanpa perubahan yang dilakukan oleh guru-guru sama ada dari segi perbuatan atau tutur kata, maka segala yang diharapkan tidak akan terlaksana. Guru-guru adalah model. Oleh itu guru-guru perlulah berusaha agar menjadi model yang baik walaupun diketahui bahawa untuk menerapkan nilai-nilai murni, bukanlah suatu perkara yang mudah.
Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab guru-guru untuk memastikan tercapainya setiap falsafah yang dibentuk iaitu Falsafah Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Guru dan seterusnya matlamat Wawasan 2020.
No comments:
Post a Comment